Monday, 25 September 2017

APLIKASI YANG PATUT ADA DALAM HANDPHONE ANDROID ANDA

Okay.. Post kali ni #encikbelalang nak kongsi dengan anda antara aplikasi yang perlu ada kat android phone anda. Jika anda pengguna phone android... aplikasi yang boleh membantu kerja anda menjadi mudah dan menjaga fungsi dalaman handphone anda sepatutnya wajib ada!... supaya handphone yang anda guna tu memberi sepenuhnya manfaat kepada anda pengguna.. sepadan dengan duit yang dikeluarkan untuk memilikinya... Antara aplikasi berikut ialah:


1. ANTIVIRUS

Ini penting! bagi mengelakkan handphone bermasalah ketika anda guna akibat daripada diceroboh oleh virus-virus yang cuba memecah masuk handphone anda melalui aplikasi atas talian (online).. Dan boleh 'install' je yang free dulu. Antara antivirus yang boleh anda 'install' kat handphone anda ialah:

- AVG
- AVAST
- McAFEE


2. OFFICE

Aplikasi ini perlu ada dalam handphone android anda bagi memudahkan anda melakukan kerja-kerja pejabat atau sekolah.. Yang mana aplikasi ini mengandungi 'microsoft word, powerpoint, excel, pdf, text.. Dan aplikasi yang paling #encikbelalang cadangkan ialah:

- POLARIS OFFICE


3. NOTE

Aplikasi seperti notepad juga patut ada dalam handphone android anda kerana ia boleh membantu anda dalam menulis nota peringatan ringkas tentang benda-benda yang penting untuk anda ingat! Antara aplikasi yang boleh anda guna ialah:

- STICKY NOTE

- NOTEPAD

- COLOR NOTE



4.CLEANER


Kegunaan aplikasi ini adalah untuk memudahkan anda membuang atau mencuci aplikasi, file atau data-data yang anda tidak guna atau pun yang telah terlalu lama berada didalam handphone android anda.. Antara aplikasi yang boleh anda guna ialah:


- CCLEANER
- CLEAN MASTER


Sunday, 24 September 2017

MACAM MANA NAK ELAK BERLAKUNYA KEBAKARAN DAN SELAMATKAN NYAWA DIRUMAH ANDA

Seperti yang kita tahu...... akhir-akhir ini banyak kejadian kebakaran yang melibatkan kediaman tinggal terbakar... akibatnya banyak kehilangan, kerugian, kesedihan, dan yang lebih memilukan apabila ianya melibatkan kehilangan nyawa... JADI... mahu kah kita ini terjadi pada diri dan ahli keluarga kita mahupun insan-insan disekeliling kita...

Jadi post kali ini #encikbelalang nak kongsi beberapa tips untuk mengelak kejadian ini berlaku pada #encikbelalang dan anda semua... Jom baca... kalau rasa berguna boleh kongsi dengan insan tersayang dan masyarakat disekeliling...


1. PASTIKAN SISTEM PENDAWAIAN ELEKTRIK DIRUMAH ANDA SENTIASA DALAM KEADAAN BAIK DAN ELOK.

Macam mana nak tahu sistem pendawaian rumah anda dalam keadaan baik dan selamat? Hah! NI #encikbelalang nak bagitahu.. Kalau rumah anda kerap berlaku 'electric shock' atau lintar pintas eloknya anda hubungi mereka yang mahir dalam bidang elektrik datang 'check'.. JANGAN SESEKALI ANDA CUBA TUNJUK PANDAI! kalau anda tiada pengetahuan dan kemahiran.. Kerana ia bukan sahaja akan membahayakan nyawa anda ketika itu.. malah mungkin akan membahayakan nyawa orang yang anda sayang dimasa hadapan..



2. PASTIKAN RUMAH ANDA ADA ALAT PEMADAM API 'FIRE EXTINGUISHER'


Hahh! yang ni penting juga... bukan apa.. kalau tetiba terjadi kebakaran kecil masa anda atau ahli keluarga anda tengah memasak atau lain-lain ke... sekurang-kurangnya anda boleh ambil langkah awal dengan mencegah kebakaran daripada merebak kan??... Dan kalau boleh latih setiap ahli keluarga anda menggunakan alat pemadam api supaya bila terjadi kebakaran kecil mereka tak panik..


3. PASTIKAN ANDA TUTUP SUIS DAN CABUT PLUG BILA SIAP GUNA

Ini penting bagi mengelak terjadi 'electric shock' atau lintar pintas seterusnya menyebabkan kebakaran apabila anda tiada dirumah atau pun ketika anda dan ahli keluarga sedang tidur. So.... Safety First, OK!


4. TUTUP ATAU CABUT KEPALA GAS BILA TIDAK MEMASAK

Yang ini bagi #encikbelalang ianya juga penting bagi mengelak terjadinya kebocoran gas disaat anda dan ahli keluarga anda tiada dirumah atau pun sedang tidur kerana kebocoran gas boleh menyebabkan sesak nafas dan meletuppp!


5. JANGAN LETAK SUIS, PLUG ATAU PERALATAN ELEKTRIK DEKAT KAWASAN MUDAH KENA AIR

Jangan sesekali OK! ini bagi mengelak berlakunya 'electric shock' atau lintas pintas seterusnya membahayakan nyawa anda dan ahli keluarga anda kerana tindakbalas arus elektrik terhadap air ni memang sangat membahayakan! So.. Dont Ever Do Like This At Your Home!


6. JAUHKAN BAHAN MUDAH TERBAKAR DARIPADA DAPUR ATAU TEMPAT YANG MUDAH PANAS DALAM RUMAH ANDA

Elak kan ok! Kalau boleh anda buat je satu tempat khas yang jauh daripada dapur atau tempat yang mudah suhu panas meningkat untuk letak atau simpan bahan-bahan mudah terbakar ni ye.. 

Saturday, 23 September 2017

ANTARA PULAU-PULAU BEST UNTUK PERCUTIAN ANDA KAT MALAYSIA NI

Kali ni #encikbelalang nak bagitahu pulau-pulau yang best sangat kalau anda nak pergi bercuti, bulan madu atau tenangkan fikiran dengan tengok laut yang indah, lawa dan cantik... dan apa yang penting ianya terletak dalam malaysia je... tak perlu nak ke luar negara... duit poket pon jimat banyakkk bohh!.. 
Nah ni antara tempatnya...

PULAU PERHENTIAN, TERENGGANU

Pulau Perhentian ialah satu gugusan pulau yang terletak sekitar 10 batu nautika (19 km) dari pantai dalam timur laut negeri Terengganu, Malaysia, sekitar 40 batu (64 km) selatan dari sempadan Thailand. Dua pulau utama ialah Perhentian Besar dan Perhentian Kecil.
Pulau Perhentian terbahagi kepada dua bahagian iaitu Perhentian Besar dan Perhentian Kecil.  Setiap pulau mempunyai keistimewaan masing-masing yang tentunya mengamit memori anda semasa berada disini. Kawasan Pasir Panjang di Perhentian Kecil adalah merupakan kawasan tumpuan para ‘backapckers’ dari segenap pelusuk dunia. Semasa waktu puncak kedatangan pelancong kesini anda boleh merasakan bahawa anda  bukan berada di Malaysia, begitu hebat tarikan Pulau Perhentian.



PULAU REDANG, TERENGGANU.



Pulau Redang, ianya terletak 45km di luar pesisir pantai Kuala Terengganu, merupakan pulau terbesar dalam sembilan buah pulau yang dilindungi di Laut China Selatan. Pulau ini menawarkan air laut sejernih kristal dan banyak tempat menyelam untuk keseronokan anda. Terlindung diantara Taman Marin Pulau Redang, air di sini kaya dengan hidupan marin. Pada waktu tengahari apabila cahaya matahari menyinari laut, terumbu karang yang cantik, buran dan ikan dapat dilihat.
Pulau syurga ini sempurna untuk aktiviti snorkeling, berenang, menyelam skuba, memasuki hutan, menaiki bot dan berkayak. Memancing tidak dibenarkan di dalam jarak 3.2km dari pulau kerana Pulau Redang diwartakan sebagai taman marin. Mengumpul terumbu karang dan hidupan akuatik lain adalah dilarang sama sekali.


PULAU KAPAS, TERENGGANU


Pulau Kapas, ia juga terletak diluar pesisir pantai Kuala Terengganu dan antara pulau di malaysia yang sangat cantik dan merupakan pulau percutian yang telah lama terkenal kerana mempunyai pantai yang sangat cantik. Pasirnya berwarna putih seperti kapas, air lautnya pula jernih dan mempunyai hidupan laut yang sangat menarik.

Pulau Kapas merupakan destinasi percutian yang sempurna bagi mereka yang ingin keluar dari kesibukan dan hiruk-pikuk kotaraya. Keindahan dan kedamaian disana pasti memberi ketenangan kepada para pengunjung.



PULAU LANGKAWI, KEDAH.


Langkawi merupakan salah satu daripada daerah dalam negeri Kedah Darul Aman, Malaysia. Pulau Langkawi diberi status bebas cukai pada tahun 1987. Kini, pulau yang kaya dengan keindahan semula jadi dan lagenda masa silam ini telah menampilkan diri sebagai salah satu daripada destinasi perlancongan yang paling popular di Malaysia.

Anda boleh menaiki kapal terbang terus ke pulau Langkawi atau menaiki feri dari Jeti Kuala Perlis, Kuala Kedah atau Pulau Pinang. Langkawi adalah sebuah pulau yang agak besar dan mempunyai kemudahan jalanraya yang baik. Terdapat banyak tempat penginapan untuk pelancong seperti hotel. resort dan homestay. Berbagai aktiviti pelancongan disediakan untuk pengunjung. 


PULAU TIOMAN, PAHANG.



Kira-kira 56km di luar pesisir pantai Pahang ialah Pulau Tioman, syurga percutian di Laut China Selatan. Diiktiraf sebagai satu daripada pulau percutian terbaik di dunia, Pulau Tioman ialah lokasi bagi muzikal Hollywood, ‘South Pacific’ pada tahun 1959.
Para penyelam boleh merasa teruja berenang bersama Belodok Karang Napoleon, Demuduk Berbelang Emas, Ikan Bayan Kepala Jendul dan sekumpulan ikan Delah.



PULAU PANGKOR, PERAK.


Pulau Pangkor merupakan sebuah pulau destinasi percutian yang paling popular di negeri Perak. Pulau ini terkenal dengan pantai yang cantik, air yang jernih dan sesuai untuk mandi-manda. 

Pulau Pangkor lebih kecil dari Pulau Langkawi tetapi faktor tarikan pelancong hampir sama. Jika Pulau Langkawi terkenal dengan lagenda, Pulau Pangkor pula terkenal dengan kesan sejarah peninggalan Belanda yang pernah menduduki pulau ini suatu masa dahulu. 

Pulau Pangkor mempunyai banyak resort dan chalet menarik yang tersedia menanti kehadiran anda.



PULAU SIBU, JOHOR.


Pulau Sibu adalah salah satu destinasi pelancongan di Johor. Terletak berhampiran Mersing, Pulau Sibu terdiri dari empat buah pulau yang cantik iaitu Pulau Sibu Besar, Pulau Sibu Tengah, Pulau Sibu Kukus dan Pulau Sibu Hujung. 

Kebanyakan resort terletak di Pulau Sibu Besar. Tidak seperti Pulau Perhentian, feri ke Pulau Sibu disediakan khas oleh resort-resort disana. Jadi jika anda nak ke sana perlu mengambil pakej pelancongan dari mana-mana resort untuk bercuti di pulau ini.



PULAU AUR, JOHOR.


Sebuah lagi pulau menarik di luar pantai Mersing. Pulau Aur merupakan destinasi popular bagi para penyelam scuba kerana disini terdapat berbagai spesis seperti barakuda, pari, penyu, jerung dan lain-lain lagi. Air lautnya lebih jernih dan sesuai untuk snorkeling. 

Walau bagaimanpun tidak terdapat banyak resort di pulau ini. Kebanyakan pelancong yang bercuti di Pulau Aur adalah penyelam scuba.



PULAU DAYANG, MERSING, JOHOR.


Pulau Dayang merupakan pulau paling hampir dengan Pulau Aur di Mersing, Johor. Anda boleh ke pulau ini dengan perjalanan yang mengambil masa selama 4-5jam. Di sini juga terdapat fasiliti selam skuba yang cukup untuk meneroka perairan Mersing yang kaya dengan hidupan marin serta pelbagai jenis ikan.



PULAU LANKAYAN, SABAH.


Pulau Lankayan adalah sebuah pulau batu karang tropika yang amat kecil yang berada di Laut Sulu, terletak di barat laut Pulau Borneo, dibawah naungan negeri Sabah, Malaysia. Pulau ini terletak kira-kira 15 km dari Sandakan.

Pantai di pulau ini terkenal dengan pasirnya yang amat putih yang hampir sama dengan suasana di pulau Maldives. Pulau ini mempunyai perairan yang dilindungi dan diisytiharkan sebagai sebuah taman laut negara. Pantai di Pulau Lankayan juga mempunyai resort yang eksklusif, bermakna anda boleh berehat dan menikmati keindahan alam semula jadi.



PULAU MATAKING, SIPADAN, SABAH.


Pulau Mataking termasuk di dalam kawasan Borneo Nusantara Malaysia dan ia terkenal kerana menjadi sebahagian daripada “syurga penyelam” sama juga seperti Pulau Mabul dan Pulau Sipadan. Tidak seperti destinasi pelancongan yang berada di bawah pentadbiran langsung Daerah Sabah, kawasan ini adalah kawasan persendirian.
Kedua-dua bahagian pulau iaitu Mataking Besar dan Mataking Kecil adalah dihubungkan secara semula jadi melalui jalan pasir yang sempit, di mana anda boleh berjalan ketika air surut. Pulau ini adalah seluas 40 ekar, tetapi walaupun saiz yang kecil, anda boleh membuat pelbagai aktiviti di sini.
Untuk ke sini, anda perlu mengambil penerbangan ke Tawau melalui Kuala Lumpur atau Kota Kinabalu. Anda boleh menggunakan pengangkutan kereta sewa/van dari bandar Tawau pada siang hari ke Semporna dan dari situ anda boleh menggunakan perkhidmatan bot laju ke Pulau Mataking ( perjalanan selama 1 jam ). Anda juga boleh menggunakan bot ke pulau melalui Pulau Sipadan atau Pulau Mabul.

PULAU MANUKAN, SABAH.

Pulau Manukan adalah pulau kedua terbesar di Taman Tunku Abdul Rahman, Malaysia dan diiktiraf sebagai taman laut negara. Ia terletak di bahagian Malaysia Timur iaitu di negeri Sabah, pulau ini boleh dilawati dengan menggunakan bot yang mengambil masa 10 minit perjalanan. 
Pantai yang terbaik adalah di kawasan hujung timur pulau itu. Pada luar pesisir Pulau Manukan terdapat terumbu karang yang sangat cantik dan pelbagai aktiviti boleh dilakukan termasuklah parasailing, selam skuba, mendaki gunung dan mengambil gambar permandangan bagi peminat fotografi. 


PULAU SAPI, SABAH.


Pulau Sapi terletak di luar pantai pusat bandar Kota Kinabalu, Sabah dan merupakan tarikan utama di Taman Marin Tunku Abdul Rahman. Dari Hyatt Regency Kinabalu, anda perlu menaiki teksi ataupun 10 minit berjalan kaki untuk ke jeti di terminal feri Jesselton Point, Kota Kinabalu.

Air laut dan pantai Pulau Sapi adalah sangat jernih dan mungkin adalah salah satu pantai yang paling indah di Malaysia. Pada siang hari, pantai meriah dengan pelbagai aktiviti pantai. Pada waktu siang di Pulau Sapi, pelbagai aktiviti pantai diadakan seperti selam skuba dan kawasan pantainya sesuai untuk aktviti renang.



PULAU MABUL, SABAH.


Pulau Mabul terletak kira-kira 15 minit dari Pulau Sipadan dengan menaiki bot, pulau yang berada di luar pantai tenggara Borneo, di Sabah, ini adalah permata sebenar Laut Selatan. Terkenal bukan sahaja kerana berdekatan dengan Pulau Sipadan, tetapi juga untuk kecantikannya yang tersendiri, pulau kecil dikelilingi pasir putih, dan terkenal sebagai yang terbaik bebas kotoran untuk para penyelam.


Lapangan terbang paling dekat dengan Mabul adalah Tawau, dengan penerbangan harian yang kerap dari Kuala Lumpur dan Singapura. Dari Tawau, anda boleh mengambil teksi atau van mini untuk ke Semporna, sebuah pelabuhan dengan masa pemanduan kira-kira 2 jam. Dari Semporna, anda mengambil kira-kira 45 minit untuk sampai ke sana dengan bot laju.


==========================================================

Nah! sekarang anda dah tahu mana pulau dalam negara ni yang best untuk pergi bercutikan? Jadi apa tunggu lagi... dah boleh mula plan dan mula kumpul duit siap-siap lah kan... ☺

INILAH SIKAP SEGELINTIR PEMANDU MALAYSIA DIJALANRAYA YANG BOLEH MEMBAWA MAUT

JANGAN TERLALU BERLAGAK SOMBONG DIJALAN RAYA

Risau pula #encikbelalang bila drive kat jalanraya sekarang ni...punyalah laju memasing bawa kereta.. fuhhhh... berdesuttt... tu belum tengok lagi yang suka main cilok-menyilok... tak kira tengah hujan... jalanraya basah ke.. anakbini ada sekali dalam kereta ke.. kome tetap nak laju macam nak terberakkk ye!.. 

Ingatlah sikit malang ni tak berbau derr.!! Nyawa bukan boleh jualbeli!.. Kome mana tahu masa kome tengah laju tu tayar kenderaan kome meletup ke.. ada kenderaan lain keluar simpang ke.. tak ke nanya!. Kalau setakat kome sorang je yang terkena.. terkepit ke.. tak apa juga.. ini mereka yang tak salah jadi mangsa.. silap-silap mereka yang tak salah dan tak berdosa ini kena lebih teruk dari kome yang berlagak bagaikan lewis hamilton memandu F1 mclaren atau torento yang memandu ford mustang dalam FF movies..




Ehhh.. kemon lah.. kat jalanraya ni bukan kome sorang je yang lalu lalang!.. cukai jalan pun bukan kome sorang je yang bayar tau!.. Dan yang penting! Jalanraya ni bukan litar lumba der!.. Kalau rasa hebat sangat dalam pemanduan... Kalau ego sangat lagaknya... nuh kat sepang sana itu ada satu litar lumba.. kat sana kome nak drift ke.. kome nak tekan full throftle ke.. lantak leee... tak ada sapa nak marah... kalau rasa nak tunjuk hebat kat awek.. hah! bawa je awek tu join sekali kome kat litar tu... janganlah susahkan orang ramai yang tak bersalah dan tak berdosa kat atas jalanraya ni.

INGAT! HARGAI DAN INGATLAH MEREKA YANG TERSAYANG.. MEREKA SENTIASA INGIN MELALUI KEHIDUPAN ATAS DUNIA INI BERSAMA KITA.

JANGAN BIARKAN KESEDIHAN DAN PENYESALAN MENYELUBUNGI KEHIDUPAN KITA!.

Jangan biarkan mereka menangis ataupun menyebabkan kome menyesal seumur hidup kome kerana kehilangan insan tersayang!. Buanglah sedikit ego dan lagak sombong ketika memandu kenderaan diatas jalanraya... kome mampu mengubahnya..

Friday, 22 September 2017

MACAM MANA NAK BUAT DUIT SECARA ONLINE




Ehemm.! Ni post yang #encikbelalang rasa ramai yang ingin baca kan? HEHEHE...

Okaylah.. ini beberapa cara yang #encikbelalang ingin kongsikan kepada pembaca mengenai macam mana nak buit duit secara atas talian ataupun disebut 'online'.

PERTAMA
Anda boleh bermula dengan menjadi ejen dropship jualan kepada stokis atau founder produk-produk yang anda rasa ramai pengguna yang kejar. Jangan bimbang untung sikit.. kalau anda rajin usaha dan pandai cari peluang tak mustahil anda akan kaya suatu hari nanti.. (masa tu jgn kau lupa kat #encikbelalang ni pulak!HEHEHE)... Alaaa... kau tengok sekarang kebanyakan founder-founder produk atau barangan yang dah berjaya ni bermula dari ejen dropship tau!.. Tak caya?? Cuba kau tanya mereka.. 


KEDUA
Anda boleh cuba menjadi blogger.. Mesti anda tertanya-tanya macam mana blogger boleh buat duitkan? HAH! itulah yang anda kena rajin membaca, pandai mengkaji dan sentiasa follow otai-otai blogger yang ada kat malaysia ni.. Contohnya macam bro BenAshaari...

p/s: Maaf! #encikbelalang ni pon hanyalah newbie ok.. ni pon tgh merangkak, meniarap mencari ilmu blogger.. doakan semoga #encikbelalang menjadi blogger yg berjaya suatu hari nanti ok!..HUHUHU


KETIGA
Yang ni susah sikit... Anda pernah dengar FOREX? tapi tak semua forex ni memerlukan modal permulaan bila anda join tau... ada yang anda akan dapat modal percuma selepas anda buka akaun.. Tetapi modal percuma yang diberikan bukan boleh dikeluarkan.. ia hanya bertindak sebagai modal untuk anda guna sebagai pelaburan sahaja. Dan keuntungan yang anda dapat daripada pelaburan itu baru boleh dikeluarkan tau.. Dalam bidang forex ni anda kena bijak cari dan pilih broker yang jujur dan bertanggungjawab. Jadi... banyakkanlah membaca dan mengkaji selidik...


KEEMPAT
Permainan Video atau  pun Video Game! hah ! macam mana pula main video game boleh buat duit?? Anda jangan tak percaya kalau abang cakap pemain-pemain video game mudah kaya kalau pandai dan bijak. Contoh game yang boleh buat duit ialah DOTA dan FIFA.


Okay.. cukuplah tu #encikbelalang kongsi macam mana nak buat duit secara online ye.. Zaman sekarang kita kena cepat rebut peluang.. Jangan biarkan kuota internet anda habis dan rugi macam tu je... 



TIPS HADAPI BANJIR




Okaylah.. sekarang #encikbelalang nak kongsikan sedikit tips nak hadapi banjir. Maklumlah, sekarang nak hujung tahun dah... musim hujan pon dah tiba.. Tambahan pula kawasan rumah kita tu adalah kawasan yang mudah banjirkan...Jadi sebelum banjir tiba apakata kita ambil langkah awal... Tak adalah nak gopoh-gapah bila tetiba air banjir masuk rumah mengejutkan?... 

TIPS NO.1
Simpan siap-siap dokumen-dokumen penting dekat tempat tinggi, selamat dan tempat yang kita boleh capai saat genting. Kalau boleh letak dalam file/box simpanan plastik yang kalis air.. Seterusnya jangan lupa tutup rapat-rapat atau packing elok-elok.. kan masuk air, cik tiii dan cik pas lak..hancur jadinya kan...

TIPS NO.2
Susun siap-siap perabot dan peralatan yang mudah rapuh, rosak dan kembang bila kena air kat tempat-tempat tinggi. Seeloknya bagi kawasan yang memang selalu banjir boleh buat siap-siap tempat simpanan khas bagi peralatan ini. Contoh: buat rak yang tinggi dan boleh menampung beban barang yang kita letak.

TIPS NO.3
Bagi mereka yang ada haiwan ternakan elok sekiranya buat siap-siap kandang atau tempat tidur haiwan tu tinggi-tinggi. Nanti tak adalah haiwan tu dihanyutkan air banjir.. Dan jangan lupa letak sekali makanan siap-siap dalam bekas makanan haiwan tu.. kan tak pasal-pasal kebulur haiwan tersebut.

TIPS NO.4
Bagi mereka yang ada kenderaan.. bolehlah ambil langkah jaga-jaga dengan parking dekat tempat tinggi.. Jangan buat gila parking atas bumbung rumah lak! HAHAHA... Kalau nak park lama-lama elok cabut bateri kereta tu dan ambil simpan barang-barang berharga yang ada dalam kereta tu. Jangan ditinggalkan semuanya dalam kereta tu pula.. kan banjir surut.. semua yang anda tinggal dalam tu pun surut..

TIPS NO.5
Yang ni penting! Bagi mereka yang ada anak kecil, anak nakal mahu pun anak besar SILA pantau mereka dan jangan sesekali tinggalkan mereka bersendirian mahupun biarkan mereka bermain dengan air banjir! Jangan biarkan airmata kita buatkan air banjir naik lagi tinggi. (yang ni #encikbelalang gurau jerr..) tapi serius tau.. jangan kerana kecuaian dan kealpaan kita.. kelak kita menangis bersedih.

TIPS NO.6
Packing siap-siap pakaian dan barangan penting kita.. bukan apa... takutnya air banjir besar datang dan bomba atau pihak berwajib suruh anda ke pusat pemindahan.. tak adalah anda kesana sehelai sepinggang kan? Tapi janganlah pula anda pergi packing satu almari lak...!kan nanya abang-abang bomba nak ngangkatnyaaa...☺

TIPS NO.7
Jangan lupa cabut wayar semua peralatan elektrik atau peralatan yang mudah terbakar dan meletup... Dan kalau boleh buat juga tempat khas untuk simpan peralatan elektrik ni daripada terkena air banjir...


Okaylah... itu je serba sedikit tips nak hadapi banjir daripada #encikbelalang ye.. Semoga kita semua sentiasa dalam rahmat dan lindungannya... Insha'allah.

KEGAGALAN BUKAN PENAMAT KEHIDUPAN




Post kali ni #encikbelalang nak cerita pasal 'Kegagalan Bukan Penamat Kehidupan'. Jadi tak payahlah nak mudah berputus asa bila kita jatuh, rebah, tersungkur dalam kita melangkah mengejar sesuatu yang kita impikan. Apa yang patut kita lakukan saat kita jatuh adalah kita gagah berani bangkit semula...bukannya biarkan kegagalan itu terus menggagalkan kita.

Cuba kita tengok berapa ramai Jutawan dan Hartawan yang ada kat negara kita atau pun kat dunia ni pernah gagal dan jatuh dalam kehidupan... Ambil contoh,

1. Dato Vida,
Macam yang kita tahu beliau beberapa pernah gagal dan jatuh dalam kehidupan dan perniagaan, diduga lagi dengan kehilangan anak dalam tragedi kebakaran namun beliau BERANI BANGKIT walaupun pahit, kerana beliau percaya pada diri sendiri.. Seterusnya, anda tengok dimana beliau sekarang?... Sudah jadi salah seorang Jutawan Tersohor Malaysia sekarang.

2. Dato Alif Syukri,
Cuba anda lihat beliau sekarang... seorang yang dulu pernah berniaga ditepi jalan je.. Pasti ramai antara mereka yang pernah berkawan dengan beliau tak menduga bahawa dato alif akan jadi Jutawan kan...

3. Jack Ma
Beliau lahir disebuah perkampungan dan dalam keluarga miskin. Namun beliau tidak menjadikan semua itu sebagai kegagalan untuk pergi jauh dalam mengejar kejayaan... Dan hasilnya, anda sendiri boleh tengok kejayaan yang beliau telah perolehi sekarang..

Jom kita bayangkan... kalau mereka ini terus menyerah kepada kegagalan dan kehidupan yang mereka hadapi disaat mereka jatuh masa tu.. Anda yakin ke mereka akan seperti mereka yang hari ini??? 

Jadi takkan kita pon tak boleh nak bangkitkan saat jatuh! Kemon lah #encikbelalang yakin anda...anda semua ni kuat.. dan mungkin lebih kuat daripada mereka bertiga. 

Hari ini kita mungkin gagal, jatuh, rebah dan tersungkur TETAPI hari esok kita belum tahu lagi kan?! Apa yang penting kita mesti berani bangkit dan melawan kegagalan untuk kejayaan dihari esok. Percaya dan yakinlah pada diri sendiri dan pada Tuhan sekalian alam. Setiap usaha pasti ada kejayaan!.

KENALI...LAH APA ITU BELALANG




Belalang adalah serangga herbivora. Serangga ini memiliki antena yang hampir selalu lebih pendek dari tubuhnya dan juga memiliki ovipositor pendek. 

Suara yang ditimbulkan beberapa spesies belalang biasanya dihasilkan dengan menggosokkan femur belakangnya terhadap sayap depan atau abdomen (disebut stridulasi), atau karana kepakan sayapnya sewaktu terbang. Femur belakangnya panjang dan kuat yang digunakan untuk melompat.


Serangga ini umumnya bersayap, walaupun sayapnya kadang tidak dapat digunakan untuk terbang. Belalang betina umumnya berukuran lebih besar dari belalang jantan.


Dalam Agama Islam, Belalang adalah salah satu dari dua haiwan yang apabila telah terlebih dahulu mati masih dihalalkan untuk dimakan, selain daripada ikan.

Disamping itu juga, belalang yang kehidupannya berada dicelah-celah lalang-lang dan pokok-pokok yang penuh kehijauan menjadikan ia makhluk yang indah dipandang disaat kita ingin mencari ketenangan dengan melihat keindahan dan kejadian alam semesta. Buyian suara nyaringnya dimalam hari bisa membuat makhluk lain keasyikan menikmati perjalanan malam, tambahan pula kalau ada diantara kita yang sedang dalam aktiviti camping ditengah hutan atau ditepi sungai.


Itulah belalang.... walaupun ia hanyalah spesis serangga kecil dimata kita... tetapi tetap ada manfaatnya disisi kita.